Selasa, 29 Januari 2013

Nilai Murni (Latihan 1)




Tulis lima nilai yang terdapat dalam petikan di bawah.

Azizah           : Selamat pagi,cikgu. Apa khabar?
Cikgu Ain     : Selamat pagi.Khabar baik.
Azizah           : Saya Azizah Ahmad, murid tahun enam ingin menemu ramah
                          cikgu tentang kerjaya cikgu sebagai penulis blog.
Cikgu Ain     : Boleh, apa salahnya.Saya tiada apa-apa halangan.
Azizah           : Sejak bilakah cikgu mula menulis blog?
Cikgu Ain     : Saya menulis blog sejak dua tahun yang lalu setelah saya
                          memikirkan dengan cara ini dapat membantu anak murid saya
                          mencari maklumat.
Azizah           : Apakah bidang penulisan blog yang cikgu ceburi?
Cikgu Ain     : Penulisan blog saya berfokuskan kepada bidang Bahasa
                          Melayu.Selain itu saya juga ada menulis tentang sejarah
                          negara.
Azizah           : Apakah harapan cikgu pada masa akan datang?
Cikgu Ain     : Saya berharap blog yang saya bangunkan ini  dapat
                          memuatkan seberapa banyak ilmu bahasa selain ia dapat
                          membantu murid-murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Azizah           : Terima kasih, cikgu kerana sudi ditemu ramah.
Cikgu Ain     : Sama-sama.


Nilai Murni :

1.    Berhemah tinggi / berbudi bahasa
Azizah mengucapkan selamat pagi.

2.    Bekerjasama
Cikgu Ain sudi untuk ditemu ramah.

3.    Baik hati
Membantu anak muridnya mencari ilmu.

4.    Patriotik
Menulis tentang sejaran negara.

5.    Berwawasan
Blog yang dibangunkan dapat memuatkan seberapa banyak ilmu bahasa.




Contoh Huraian :

            Terdapat beberapa nilai murni daripada petikan.Antaranya, kita hendaklah berhemah tinggi seperti Azizah yang mengucapkan selamat pagi kepada Cikgu Ain.Selain itu,kita juga perlu bekerjasama seperti mana yang ditunjukkan oleh Cikgu Ain sudi untuk ditemu ramah.Di samping itu,kita haruslah baik hati membantu anak muridnya mencari ilmu.Seterusnya, nilai patriotik mesti ada dalam diri kita seperti Cikgu Ain yang menulis tentang sejarah negara.Akhirnya,kira haruslah berwawasan seperti Cikgu Ain yang membangunkan blognya supaya dapat memuatkan seberapa banyak ilmu bahasa.
 



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan